Thursday 22 September 2016

PENJAJAHAN JEPUN DI TANAH MELAYU

Jepun menyerang Tanah Melayu melalui jalan laut dan mendarat di pantai Padang Pak Amat, Kota Bharu pada 8 Disember 1941. Kehadiran tentera Jepun yang ramai memaksa British untuk berundur. Tentera Jepun bergerak menawan lapangan terbang Kota Bharu. Tentera Jepun yang mendarat di Kota Bharu berpecah kepada dua bahagian. Sebahagian tentera Jepun bergerak ke Pantai Timur menuju Kuantan dan sebahagian lagi ke selatan menuju Sungai Perak. Pada masa yang sama, Jepun menyerang Singapura, Hong Kong dan Pearl Harbor di Amerika Syarikat melalui udara. Pertahanan laut British menjadi lemah, terutamanya apabila kapal tentera laut British, HMS Prince of Walesdan HMS Repulse yang bertugas untuk mengawasi Pantai Timur Tanah Melayu dibom oleh tentera Jepun pada 10 Disember 1941. Pada 11 Disember 1941, Jepun mengebom Pulau Pinang seterusnya menguasai Jitra dan Alor Star pada 12 Disember 1941. Pada pertengahan Februari 1942, Jepun telah berjaya menguasai seluruh Tanah Melayu termasuk Singapura. Di Sarawak, Jepun menawan Miri pada 16 Disember 1941 dan Kuching pada 24 Disember 1941. Tentera Jepun mula menawan beberapa bandar utama di Sabah seperti Labuan, Beaufort, Jeselton dan Sandakan pada Januari 1942. Seluruh Sabah dikuasai Tentera Jepun pada awal Mei 1942.

No comments:

Post a Comment