Thursday 22 September 2016


KESIMPULAN



Tempoh pendudukan Jepun di Tanah Melayu selama 4 tahun sudah cukup untuk memberi pelbagai kesan baik mahupun buruk. Memang benar semangat nasionalisme timbul taktala Jepun meniup api semangat pemerintahan berkerajaan sendiri, namun itu hanyalah sekadar propaganda yakni kehidupan binasa. Orang-orang Melayu dan India tegar menyokong perjuangan Jepun yang mahu membuka belenggu British di Asia namun akhirnya terjerat dengan harapan mereka sendiri tidak ubah seperti 'mengelak daripada mulut harimau kemudian masuk ke bulut buaya'. Memoir A. Samad Ismail jelas membuktikan kepayahan dan kesukaran hidup di zaman Jepun, dunia yang luas seperti di dalam sangkar besi. Segala pergerakan terbatas dengan kehidupan sekeliling dipenuhi mayat-mayat bergelimpangan ataupun darah-darah berhamburan. Kesimpulannya, memoir ini memang telus dalam mengisahkan penderitaan dan penyiksaan semasa zaman pentadbiran Jepun, bukannya dipengaruhi prasangka atau dikaburi oleh emosi semasa beliau menulisnya.

PENJAJAHAN JEPUN DI TANAH MELAYU

Jepun menyerang Tanah Melayu melalui jalan laut dan mendarat di pantai Padang Pak Amat, Kota Bharu pada 8 Disember 1941. Kehadiran tentera Jepun yang ramai memaksa British untuk berundur. Tentera Jepun bergerak menawan lapangan terbang Kota Bharu. Tentera Jepun yang mendarat di Kota Bharu berpecah kepada dua bahagian. Sebahagian tentera Jepun bergerak ke Pantai Timur menuju Kuantan dan sebahagian lagi ke selatan menuju Sungai Perak. Pada masa yang sama, Jepun menyerang Singapura, Hong Kong dan Pearl Harbor di Amerika Syarikat melalui udara. Pertahanan laut British menjadi lemah, terutamanya apabila kapal tentera laut British, HMS Prince of Walesdan HMS Repulse yang bertugas untuk mengawasi Pantai Timur Tanah Melayu dibom oleh tentera Jepun pada 10 Disember 1941. Pada 11 Disember 1941, Jepun mengebom Pulau Pinang seterusnya menguasai Jitra dan Alor Star pada 12 Disember 1941. Pada pertengahan Februari 1942, Jepun telah berjaya menguasai seluruh Tanah Melayu termasuk Singapura. Di Sarawak, Jepun menawan Miri pada 16 Disember 1941 dan Kuching pada 24 Disember 1941. Tentera Jepun mula menawan beberapa bandar utama di Sabah seperti Labuan, Beaufort, Jeselton dan Sandakan pada Januari 1942. Seluruh Sabah dikuasai Tentera Jepun pada awal Mei 1942.

FAKTOR KEJAYAAN JEPUN

1. Persediaan yang rapi

Sebelum Jepun melancarkan perang ke atas Tanah Melayu, mereka telah membuat persediaan khususnya mengumpul maklumat penting berhubung dengan kekuatan pertahanan British, angkatan dan kelengkapan peperangan. Menyedari bahawa kubu pertahanan British di Singapura agak sukar untuk dimusnahkan, tentera Jepun telah menyerang Tanah Melayu dari arah belakang, iaitu melalui Kelantan yang tidak mempunyai pertahanan yang lengkap. Ini membolehkan pergerakan tentera menjadi lebih mudah dan dalm masa yang singkat Tanah Melayu telah berjaya dikuasai.


2. Penguasaan tempat yang strategik

Jepun juga bertindak dengan menawan padang kapal terbang yang terletak di Kota Bharu, Alor Star dan Taiping. Penawanan tempat strategik ini menyukarkan dan melemahkan pertahanan udara British. Serangan Jepun ke atas Tanah Melayu juga dilancarkan dengan pantas dan tersusun. Jepun telah menggerakkan pasukan tentera udara, laut dan daratnya dari pangkalan  mereka di Indochina dan Siam.


3. Lumpuhnya armada laut British

Di samping menghancurkan pertahanan tentera udara British, Jepun juga telah berjaya menenggelamkan dua buah kapal perang Inggeris, iaitu Repulse dan Prince of Wales pada 10 Disember 1941 yang sedang berlayar di Laut China Selatan berhampiran Kuantan bagi menghalang konvoi Jepun yang sedang menuju ke arah Selatan. Dengan tenggelamnya dua buah kapal perang ini, Tanah Melayu terdedah kepada serangan laut oleh tentera Jepun.



Kapal perang Prince of Wales kepunyaan British


4. Keberanian tentera Jepun

Pasukan tentera ke-25 yang diketua oleh Leftenan Yamashita telah datang dengan semangat hidup atau mati bagi tujuan suci mereka. Semua tentera telah diarah menyediakan wasiat mereka. Di samping itu, tentera Jepun juga telah mempunyai pengalaman berperang selama bertahun-tahun di Manchuria dan telah mendapat latihan perang untuk berperang di kawasan Tropika.


5. Pakatan dengan kerajaan Siam

Pendaratan Jepun di Singgora merupakan sebahagian daripada rancangan untuk memujuk atau memaksa negera Thailand supaya bekerjasama dengan Jepun. Ini telah menyebabkan suatu Persetiaan Perikatan telah ditanggani pada 11 Disember 1941. Ini seterusnya telah membolehkan pergerakan tentera Jepun untuk memasuki Tanah Melayu menjadi semakin mudah.



Laluan Jepun ke Tanah Melayu


6. Semangat tentera Berikat

Pasukan tentera Berikat yang mempertahankan Tanah Melayu terdiri daripada lapan briged askar India, dua briged askar Australia dan dua briged sukarelawan Melayu. Pasukan tentera Berikat ini, khususnya lapan briged tentera India tidak mempunyai pengalaman berperang. Bagi memastikan tentera India yang mempertahankan Tanah Melayu hilang semangat untuk berperang, tentera Jepun telah menyebarkan dakyah bahawa Jepun mempunyai hasrat untuk membebaskan Asia termasuk India daripada cengkaman jajahan kuasa Barat termasuk India. Ini telah menyebabkan tentera India yang berperang telah berpaling tadah dan memudahkan kemaraan tentera Jepun.


KESAN PENDUDUKAN JEPUN

Pendudukan Jepun di Tanah Melayu telah memberikan kesan dan negatif terhadap penduduk Tanah Melayu dari pelbagai aspek seperti sosial, ekonomi dan politik



1. Sosial

Dalam usaha untuk menyemai sikap anti penjajah Barat, tentera Jepun telah menjadikan Bahasa Jepun sebagai bahasa pengantar di sekolah. Pendudukan Jepun juga telah mengamalkan sikap anti-Cina. Keadaan ini menyebabkan sebahagiaan daripada orang Cina telah melarikan diri ke hutan dan menyertai tentera MPAJA. Sebaliknya pada masa yang sama, ramai orang melayu yang bekerja dengan tentera Jepun sebagai askar dan polis. Ini menyebabkan apabila berlakunya pertempuran antara tentera Jepun dengan MPAJA, maka pertempuran ini melibatkan orang Melayu dengan orang Cina. Keadaan ini secara tidak langsung telah memperlihatkan permusuhan antara orang Melayu dengan orang Cina. Pergeseran ini semakin buruk khususnya selepas Jepun menyerah kalah. Kesempatan ini telah digunakan oleh orang Cina yang menganggotai MPAJA untuk membalas dendam bukan sahaja kepada orang Melayu yang menganggotai tentera Jepun tetapi juga kepada orang Melayu yang lain. Lantas hubungan kedua-dua kaum tersebut menjadi renggang. Di samping itu, pendudukan Jepun di Tanah Melayu juga telah menyebabkan taraf hidup dan kesihatan penduduk Tanah Melayu semakin merosot dan pelbagai penyakit berjangkit telah merebaK. Kesukaran untuk mendapatkan makanan yang berzat ditambah lagi dengan kemudahan perubatan yang terhad telah menjejaskan mutu dan taraf kesihatan penduduk di Tanah Melayu. Di samping itu, ramai rakyat Tanah Melayu telah dikerah untuk bertugas bagi membina landasan kereta api di antara Burma dengan Thailand, yang juga dikenali sebagai landasan kereta api maut.


2. Ekonomi

Sewaktu pemerintahan Inggeris meninggalkan Tanah Melayu pelbagai infrastruktur asas telah dimusnahkan bagi memastikan penjajah Jepun menghadapi kesukaran untuk membangunkan dan menguasai ekonomi Tanah Melayu. Dalam usaha memulihkan ekonomi Tanah Melayu, pentadbiran Jepun telah memperkenalkan mata wang baru di Tanah Melayu. Walau bagaimanapun disebabkan pengeluaran mata wang yang tidak terkenal, inflasi telah berlaku di Tanah Melayu. Di samping itu, perdagangan import-eksport Tanah Melayu dengan dunia luar juga semakin lumpuh. Pengeluaran getah dan bijih timah telah terjejas teruk akibat peperangan. Pengangguran juga semakin ketara selain beberapa keperluan asas dan barang makanan semakin sukar diperoleh.


3. Politik

Semasa pemerintahan Inggeris, wujud fahaman kebangsaan yang berjuang untuk membebaskan Tanah Melayu daripada cengkaman Inggeris. Pergerakan ini yang dipimpin oleh Ibrahim Yaakob, mempunyai matlamat untuk menyatukan Malaysia dan Indonesia dengan konsep Melayu Raya. Pada Mei 1937 pergerakan ini menubuhkan sebuah pertubuhan yang dikenali sebagai Kesatuan Melayu Muda. Menyedari bahawa pertubuhan ini akan mengugat pengaruh Inggeris, pada 1940 pemimpin pertubuhan ini telah ditangkap dan dipenjarakan. Sewaktu Jepun memerintah Tanah Melayu, kerajaan Jepun telah membebaskan pemimpin tersebut yang kemudiannya telah menubuhkan badan yang dikenali sebagai Pembela Tanahair (PETA). Walau bagaimanapun disebabkan aktiviti yang dijalankan oleh PETA tidak sehaluan dengan pemerintah Jepun, badan ini kemudiannya diharamkan. Namun begitu, aktiviti PETA masih terus berjalan dan kemuncaknya pada 1945 Ibrahim Yaakob dan Dr. Burhanuddin telah merancang penyatuan Tanah Melayu dan Indonesia yang dikenali sebagai KRIS (Kesatuan Indonesia Semenanjung). Tetapi rancangan ini tidak sempat dilaksanakan kerana pemerintah Jepun telah menyerah kalah. Kejayaan Jepun mengalahkan Inggeris serta pengalaman orang Melayu memerintah Tanah Melayu yang diberikan oleh Jepun bagi mengisi jawatan yang sebelum ini dikuasai oleh pentadbir Inggeris juga telah berjaya membangkitkan kesedaran politik khususnya di kalangan orang Melayu. Disebabkan kesedaran politik inilah rancangan Inggeris untuk menubuhkan Malayan Union selepas berakhirnya pendudukan Jepun telah mendapat tentangan yang meluas daripada orang Melayu sehingga menyebabkan rancangan Malayan Union tidak dapat dilaksanakan.


Contoh kesan pendudukan Jepun

PENGAJARAN



Pendudukan Jepun yang singkat telah mengubah keadaan sosial, politik dan ekonomi Tanah Melayu. Pengalaman hidup di bawah pemerintahan tentera Jepun telah menyumbang kepada semaraknya semangat nasionalisme Melayu. Pengalaman mentadbir di bawah Jepun menyedarkan mereka supaya menjaga kepentingan tanah air seterusnya membawa kepada kesedaran untuk menuntut kemerdekaan.
RUJUKAN 

https://ms.wikipedia.org/wiki/Penyerahan_kalah_Jepun
https://ms.wikipedia.org/wiki/Penjajahan_Jepun_di_Tanah_Melayu


https://ms.wikipedia.org/wiki/Sejarah_pendaratan_Jepun_di_Tanah_Melayuhttp://www.slideshare.net/aishahali712/pendudukan-jepun-di-tanah-melayu-15580559
PENGENALAN AHLI KUMPULAN 9 




 NAMA                    : MUHAMAD NAZMI BIN NORDIN
NO. PENDAFTARAN  : 16DEE16F1027
KELAS                    : DEE1A  






NAMA                     : MOHD SYABIL BIN ROSLIN
NO. PENDAFTARAN  : 16DEE16F1002
KELAS                    : DEE1A 







NAMA                     : MUHAMMAD SYAZWAN BIN HILMI
NO. PENDAFTARAN  : 16DEE16F1022
KELAS                    : DEE1A








NAMA                    : MUHAMMAD ASRAF BIN ADNAN
NO. PENDAFTARAN : 16DEE16F1024
KELAS                   : DEE1A